Monday, July 27, 2009

PHD.

Bismillah.

Pertamanya yg nk d ckp, sy hairan dgn sikap hasad dengki yg ada dlm kalangan kita.
Sy memaksudkan hasad dengki yg negatif.
Bukan yg positif.
Hasad dengki yg positif memang lah bagus dan membina.
Tetapi hasad dengki yg negatif ini?

Kalau diteliti secara halus, mmg hasad dengki yg negatif ini boleh menghancurkan diri.
Bukan diri sendiri sahaja, diri org lain sekali.
Hancurkan diri sendiri bila PHD ini terlampau bersarang d hati.
Terlampau penuh d dalam hati.
Hati akan menjadi tidak tenang.
Tak senang duduk bila lihat kejayaan atau kelebihan org lain.

Menghancurkan org lain pula apabila PHD yg terbuku d dalam hati itu,dipraktikkan secara fizikal.
Sama ada dgn niat utk menghancurkan org tersebut, atau tiada niat,
kedua-duanya akn menghancurkan.
Tp biasanya dgn niat lah kn?

Kadang-kadang pelbagai cara sanggup dilakukan, demi memuaskan hati yg penuh dgn PHD ini.
Yg lagi hairan, sanggup bergadai harta benda, demi memastikan pihak yg dicemburui itu menerima apa yg tidak sepatutnya diterima.
Kesian, mereka dianiaya.
Yg menganiaya akn tersenyum puas bila melihat kehancuran pihak sebaliknya.

Manusia ini diberi akal fikiran.
Boleh berfikir secara baik sekiranya akal tersebut dipelihara dgn baik.
Boleh berfikir mana yg baik dan buruk.
Boleh menilai menggunakan akal sendiri.
Boleh menganalisis dgn menggunakan akal yg dikurnia.

Cuma kadang-kadang manusia ini terlalu ikutkan hati, diabaikan akal yg diberi.
Kadang-kadang soal mencari rezeki pun ada masalah PHD.
Padahal Allah dah janjikan rezeki utk setiap manusia sebelum dilahirkan lg.
Percayalah pada rezeki yg telah ditetapkan.


Kadang-kadang PHD muncul apabila seseorg dilihat mencapai kejayaan dgn cepat dan lebih dr lain.
Pelbagai agenda diatur demi menjatuhkan pihak yg berjaya tersebut.
Apalah salahnya tumpang gembira dan sama-sama doakan kejayaan pihak tersebut.
Ini tidak, pelbagai tohmahan, caci-maki, fitnah pula dilemparkan.
Bagai tidak dapat menerima hakikat.
Bagai menolak takdir.

Teringat kata-kata seorang pensyarah sy baru-baru ini,

' Akal diberikan utk bezakan manusia dan haiwan. Utk bezakan 'MANUSIA' itu. Tp Zaman sekarang, walaupun manusia ada akal tp 'KEMANUSIAAN' itu dah hilang '

Yg mengecewakan lg, kebiasaan nya yg memiliki PHD ini dtgnya dr golongan bangsa kita sendiri.
Bukan bangsa lain.
Kebiasaan nya lah.
Sy bukan nk bersifat rasis, cuma nk ajak sama-sama berfikir.

Contoh ;

Kalau org kita buka kedai mkn bersebelahan contohnya.
Kebetulan kedai bersebelahan nya lebih maju dan ramai pengunjung.
Pasti pihak yg lg 1 tidak senang duduk dan akan lakukan sesuatu.
Bebeza dgn bangsa lain.
Buka kedai bersebelahan pun tiada masalah bg mereka.
Mereka cuma terus menjalankan tugas masing-masing, mencari rezeki masing2.

Betul atau tidak?
Persoalannya, sampai bila?

Sy bukan manusia sempurna.
Tetapi ada kelebihan dan juga kekurangan.
Iri hati yg positif digalakkan, iri hati yg negatif harap dijauhkan.

Salam setiakawan.

No comments: