Hairan.
Perkataan pertama yg sy nk ucapkan.
Perihal KJ. Khairy Jamaluddin.
Rakan sy pada pg td. Yakin diri menyatakan KJ merupakan salah 1 sebab punca kemerosotan UMNO. Sy,pantang dibicarakan apa-apa sahaja perihal KJ, sama ada yg positive atau negative. Pasti sepantas kilat akan memberikan respon.
Sy bertanya kpd nya, apa yg menyebabkan kamu mengatakan KJ adalah salah 1 penyebab kemerosotan e2? Dia membalas, 'Kenaikannya secara mendadak dlm politik', 'Isu ECM Libra' dan 'Keangkuhan KJ pd hr pertama d parlimen.'
Nepotisme?
Sy membidas, kenapa KJ dipertikaikan kelayakan nya dlm bidang politik sedangkan beliau bukan calang-calang org. Lulusan Oxford. Hanya yg terpilih sahaja d sana. Nepotisme tidak salah sekiranya dijalankann mengikut merit. Mengikut kelayakan. Jd mengapa harus dipertikaikan?
Masih dgn point yg sama.
Akhirnya...
Rakan sy berkata,'Ye,mmg dye berkaliber dan bijak,tak dinafikan Sy pun respek pada beliau'
???????????????
Maka rasa nya dpt disimpulkan, kebanyakan pihak tertentu, kurang menyenangi KJ kerana sifat cemburu d dlm aty dan juga sifat gentar yg wujud dlm diri masing-masing atas karisma yg dimiliki oleh KJ. Mungkin mereka rasa tercabar dgn kemunculan pemimpin dari golongan belia ini. KJ adalah pemimpin yg baik utk menyalurkan hasrat dari golongan belia dan muda seperti kami.
Masih lagi hairan dgn golongan yang mempertikaikan dan menyalahkan seseorang dalam sesuatu isu sedangkan itu dilakukan utk menutupi dan mengkaburi kesalahan diri sendiri. 1 jari kita menuding salah pada org, 9 lagi jari akn menuding salah pada kita.
2 comments:
Salam ms chantek...
Disini saya ingin menjelaskan sedikit mengenai persoalan tersebut... agar kita sama2 dapat mengenali siapa KJ
1.Bg saya Khairy bukanlah faktor utama kekalahan BN , faktor utama kekalahan BN adalah BN sendiri. Ianya berlaku kerana ada duri dalam daging didalam Umno.
2.Kenaikan khairy secara mendadak didalam politik adalah kerana usaha gigih beliau sendiri, kalau sekadar nama anak menantu mungkin orang akan menyebut nama beliau sekali sekala sahaja.
Perlu diingat KJ naik sebagai Naib Ketua Pemuda didalam pemilihan Umno yang lalu adalah diatas pilihan para perakilan bukannya atas tiket menantu PM.
3.Mengenai isu ECM Libra, sudah bbrapa kali KJ menjelaskan pekara ini dari A-z, namun masih ada lagi yg mengutarakan persoalan tersebut.
Salah satu penyakit besar dalam masyarakat kita ialah mencari keburukkan seseorng... Kerana hidup orang melayu sejak dari dahulu lagi diketahui tersohor dengan Perasaan Hasad Dengki(PHD)nya
4.Keangkuhan KJ di Parlimen? tak kenal maka tak cinta. Takkan KJ nak jadi budak baru masuk sekolah tadika ketika berdepan dengan pembangkang didalam dewan Perlimen.
Tak lah, saya tak nampak yg KJ itu angkuh...
Mungkin KJ tahu kalau ada sejuta orang yang bencikan kita, ada sejuta pula yang kasihkan kita.
Beliau juga merupakan tokoh pemimpin pelapis yang bukan sahaja pandai kerana ada kelulusan dari Oxford. Sekadar kelulusan sahaja tak cukup. Tapi dia memang telah mempamerkan ‘karisma’ dan kebijaksanaannya dalam politik, terdedah kepada politik global, berpandangan jauh, lebih cekal dan lebih tekad untuk menjadi ‘world figure’.
Saya berharap dengan penerangan secara ringkas diatas sedikit sebanyak kita dapat berkongsi bersama rakan2 yg lain.
Untuk pengetahuan Ms Chantek saya telah listkan url Ms Chantek kedalam blog saya dibahagian atas sekali. Saya berharap ia tidak menjadi masaalah kepada Ms Chantek
Bg saya KJ adalah Pejuang Bangsa generasi baru...
Teruskan usaha murni sdri
Salam Perjuangan
BJ
Salam
Hidup ini adalah perjuangan… Syukur Alhamdulillah walaupun pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang harus YB KJ tempuhi, namun perjuangannya diberkati Allah, Allah memimpin YB KJ untuk memimpin dengan kepimpinan yang diredhai. Justeru, marilah kita sama-sama memberi sokongan yang padu kepada YB KJ menerusi laman web YB KJ http://www.rembau.net.my/
Salam setiakawan
Salam Perjuangan
BJ
Post a Comment