Monday, July 27, 2009

PHD.

Bismillah.

Pertamanya yg nk d ckp, sy hairan dgn sikap hasad dengki yg ada dlm kalangan kita.
Sy memaksudkan hasad dengki yg negatif.
Bukan yg positif.
Hasad dengki yg positif memang lah bagus dan membina.
Tetapi hasad dengki yg negatif ini?

Kalau diteliti secara halus, mmg hasad dengki yg negatif ini boleh menghancurkan diri.
Bukan diri sendiri sahaja, diri org lain sekali.
Hancurkan diri sendiri bila PHD ini terlampau bersarang d hati.
Terlampau penuh d dalam hati.
Hati akan menjadi tidak tenang.
Tak senang duduk bila lihat kejayaan atau kelebihan org lain.

Menghancurkan org lain pula apabila PHD yg terbuku d dalam hati itu,dipraktikkan secara fizikal.
Sama ada dgn niat utk menghancurkan org tersebut, atau tiada niat,
kedua-duanya akn menghancurkan.
Tp biasanya dgn niat lah kn?

Kadang-kadang pelbagai cara sanggup dilakukan, demi memuaskan hati yg penuh dgn PHD ini.
Yg lagi hairan, sanggup bergadai harta benda, demi memastikan pihak yg dicemburui itu menerima apa yg tidak sepatutnya diterima.
Kesian, mereka dianiaya.
Yg menganiaya akn tersenyum puas bila melihat kehancuran pihak sebaliknya.

Manusia ini diberi akal fikiran.
Boleh berfikir secara baik sekiranya akal tersebut dipelihara dgn baik.
Boleh berfikir mana yg baik dan buruk.
Boleh menilai menggunakan akal sendiri.
Boleh menganalisis dgn menggunakan akal yg dikurnia.

Cuma kadang-kadang manusia ini terlalu ikutkan hati, diabaikan akal yg diberi.
Kadang-kadang soal mencari rezeki pun ada masalah PHD.
Padahal Allah dah janjikan rezeki utk setiap manusia sebelum dilahirkan lg.
Percayalah pada rezeki yg telah ditetapkan.


Kadang-kadang PHD muncul apabila seseorg dilihat mencapai kejayaan dgn cepat dan lebih dr lain.
Pelbagai agenda diatur demi menjatuhkan pihak yg berjaya tersebut.
Apalah salahnya tumpang gembira dan sama-sama doakan kejayaan pihak tersebut.
Ini tidak, pelbagai tohmahan, caci-maki, fitnah pula dilemparkan.
Bagai tidak dapat menerima hakikat.
Bagai menolak takdir.

Teringat kata-kata seorang pensyarah sy baru-baru ini,

' Akal diberikan utk bezakan manusia dan haiwan. Utk bezakan 'MANUSIA' itu. Tp Zaman sekarang, walaupun manusia ada akal tp 'KEMANUSIAAN' itu dah hilang '

Yg mengecewakan lg, kebiasaan nya yg memiliki PHD ini dtgnya dr golongan bangsa kita sendiri.
Bukan bangsa lain.
Kebiasaan nya lah.
Sy bukan nk bersifat rasis, cuma nk ajak sama-sama berfikir.

Contoh ;

Kalau org kita buka kedai mkn bersebelahan contohnya.
Kebetulan kedai bersebelahan nya lebih maju dan ramai pengunjung.
Pasti pihak yg lg 1 tidak senang duduk dan akan lakukan sesuatu.
Bebeza dgn bangsa lain.
Buka kedai bersebelahan pun tiada masalah bg mereka.
Mereka cuma terus menjalankan tugas masing-masing, mencari rezeki masing2.

Betul atau tidak?
Persoalannya, sampai bila?

Sy bukan manusia sempurna.
Tetapi ada kelebihan dan juga kekurangan.
Iri hati yg positif digalakkan, iri hati yg negatif harap dijauhkan.

Salam setiakawan.

Wednesday, July 22, 2009

KJFC d facebook.


Bismillah.


Juz nk inform, kpd sape2 yg ADA FACEBOOK tuh,

Marilah kita bersama2 join KJFC (KHAIRY JAMALUDDIN FAN CLUB)


Terbuka kpd semua.



Sile beri kerjasama dan sokongan anda.


Marilah terus menyokong pemimpin muda yg berkaliber lagi berkarisma ini.


Sekian terima kasih.


-Salam setiakawan-



Utk menjadi ahli KJFC, sile klik di sini

Sunday, July 19, 2009

Pecah pecah dan terus lagi pecah.

Bismillah.

Kamu sume pnh punya pengalaman rumah d pecah msk?
Sy pernah.
Bukan baru-baru ini tp beberapa thn yg lepas.
Seingat sy sudah 3 tahun yg lepas.
Tp trauma nya hingga kini masih terasa.
Masih sgt terasa.

Kejadian berlaku ketika kami sekeluarga berada d dlm rumah.
Kami semua tidak d apa2 kan kerana mereka hanya menceroboh masuk ke sebuah bilik sahaja.
Syukur.
Kejadian juga langsung tidak d sedari kami sekeluarga.
Tahu-tahu bgn subuh tgk bilik sudah d pecah masuk.
Kehilangan komputer riba dan telefon bimbit.
Kepunyaan sy.
Ye,walaupun kerugian tidak lah mencecah puluhan ribu ringgit tp tetap begitu meninggalkan kesan kpd kami.

Bg sy, mereka ini tidak langsung mensyukuri nikmat yg telah d kurniakan
Malas bekerja!
Ingin mencari jalan senang dgn memecah msk ke rumah org.
Tolong lah, orang yg telah menginjak usianya juga membanting tulang bekerja utk mencari sesuap rezeki.
Kamu mencari jalan mudah utk senang.
Tiada jalan mudah utk senang melainkan dgn usaha yg gigih.

Kawasan perumahan sy kini telah menjadi kawasan hitam.
Terlalu byk kes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pecah rumah, samun, ragut, dan semua jenis seangkatannya.
Yg menjadi persoalan, kenapa pihak berkenaan tidak mengambil tindakan?
Rasanya sudah terlalu byk laporan telah dibuat.
Apa lah salah nya setelah menerima byk laporan, kamu lakukan rondaan setiap mlm.
Tolong lah jalankan tugas dgn penuh amanah dan dedikasi.
Kami semua berharap pada kamu semua utk mencegah kegiatan seumpama ini.

Sy yakin kegiatan seperti ini dilakukan oleh warga asing.
Kawasan tempat tinggal sy mmg terkenal dgn lambakan mereka ini.
Tambahan pula sebelum ini kawasan perumahan sy tdk pernah berlaku kejadian spt ini.
Hanya selepas projek dinaikkan d kawasan sy,kes ini semakin menjadi-jadi.

Tambah meyakinkan, bilik yg d pecah msk tersebut meninggalkan bau badan yg memualkan.
Sangat menyesakkan dada kami sekeluarga.
Mereka juga telah tertinggal beberapa peralatan d lua rumah sy.
Mungkin stelah mendapat apa yg dihajati,ingin begegas lari.

Parang.
Ayahanda sy telah menemui parang d lua rumah.
Kamu boleh bayangkan betapa terancamnya nyawa kami sekiranya mereka menyerang kami di dalam rumah?
Syukur tidak berlaku.

Trauma yg kami rasakan kamu sendiri tak akan pernah faham.
Pantang terdengar sedikit bunyi,kami akan terkejut bangun dan memeriksa rumah.
Tidur kami sekeluarga tidak pernah nyenyak semenjak kejadian tersebut.
Sentiasa memasang telinga.
Ini belum lagi kes bg mereka yg pernah d serang di dalam rumah oleh penyamun.
Pasti trauma mereka jauh lebih teruk dr kami.
Tolong lah tangani perkara ini dan banteras punca kejadian ini.
Jangan pandang remeh dan ambil ringan perkara seperti ini.

Sekarang, berada di rumah sendiri pun rasa tidak selamat.
Jadi, di mana yg kita akan berasa selamat??