Showing posts with label Ahmoi Chantek. Show all posts
Showing posts with label Ahmoi Chantek. Show all posts

Thursday, December 24, 2009

Kalau...


.Jam tangan Fossil.
. Handbag Paris Hilton.

Pasti tersenyum girang~



Thursday, December 17, 2009

Sile bace.

Edisi Khas : Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !!!

1. BPN memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia ( di sini ) yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :

• Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information
• Never plagiarise
• Identify and link to sources whenever feasible
• Never publish information they know is inaccurate - and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt
• Distinguish between advocacy, commentary and factual information
• Admit mistakes and correct them promptly
• Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity
• Explain each blog's mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers' conduct
• Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas
• Abide by the same high standards to which they hold others


2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.

4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.

5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431. Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.

Sekian, terima kasih !
Yang benar,Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/


*Harap dapat dijadikan panduan utk semua bloggers*

Thursday, November 26, 2009

Mahu yg ini!

Tarikh kua wayang: hari neh (26/11/09)



Mahu yg ini!

Plizzz???



Tunggu lepas raye-lah.

Cam tak sopan lak nk bergembira menonton wayang time raye2 kan.

Hehehe.



+++++ mau yg ini juge.



Tarikh kua wayang : 10 Disember 2009.







P/S : Rain! I love u! Lalala~





Monday, November 9, 2009

Islam sgt ke neh? Nak fikir jap...

Bismillah.

Tajuk nye,
'Isteri menangis, suami menggigil.'

Apekah?
Haihh kerana politik mereka sanggup mengangkat bai'ah ni?
Kesian pada si isteri.
Kesian sgt!
Mereka dijadikan korban pula.
Tak pasal-pasal.
Talak tiga pula tu.
Sedih betul!

Pelik.
Inikah parti yg betul2 mendukung ajaran islam?
Wahh hebat sungguh ye.
Sampai mengikat ahlinya seketat-ketatnye sebegitu rupa.

'Kalau kau keluar atau lompat parti, jatuh talak tiga kat bini kau'
Warning neh! Warning neh!
Lalu menangis laa si isteri2 ahli parti ini.
Cehh main ugut2.
Dashyat2....

Ape komen org yang mempunyai ilmu agama yg tinggi tentang perkara ni yer?
Islam agama suci.
Kalau dahulu pernah dengan sewenang-wenangnya melabel parti kerajaan kafir.
Masuk parti kamu, dapat tiket ke syurga.
Wahh senang betul.
Tapi kalau nak masuk syurga, kene jadikan ikatan suci perkahwinan sebagai gadai.
Kene jadikan isteri mcm barang dagangan.
Ibarat ikatan perkahwinan itu tiada nilai.
Yg paling penting sekali, jgn khianat parti!
Cehh...
Si suami tak sayang si isteri ke?

Err,
perbuatan ini sangat tidak baik-lah bukan?

Wahai masyarakat Malaysia yang amat saya sayangi, bukalah mata, hati dan minda anda.
Nilai lah dgn sebaik-baiknya dgn akal yg telah Allah kurniakan.
Kadang-kadang, Indah khabar dari rupa jek kan?

Sedih-sedih...sangat sedih!

Wednesday, November 4, 2009

Kecewa ke ape neh?

Bismillah.

Tak tahu lah nk ckp ni entry keciwa kew marah ke.
Haihh..

Patut ke seorg kwn, jauhkan diri dr kwn yg lain sbb terpengaruh dgn tilikan?
@&*)#*!@ lah weyh!

Benda neh jadi kat sy sendiri.
Dye percaye sgt kowt ape abg sam (bukan nama sebenar-tukang tilik) tu ckp.
Patut lah sebelum tu sms sy mintak tarikh lahir sy.
Sy pun takdelah nk fikir bukan-bukan,bg jelah.
Kesudahannya begini.
Kalau lah tahu,mmg takkan bg punye.

Lepas tu kalau ade salah sikit yg sy wat,tanpa disedari sy lah.
Mesti dye ckp ,
'Betul lah ape yg abg sam ckp'.

Ikot aty mmg nk jek ckp:
'Lu mmg buat gua hot lar weyh!'

Syirik taw tak percaye tilik nasib neh!
Berdose besar.
Aqidah rosak.
Takkan tu pun tak tahu.
Nah ameh neh.
Ckp kosong wtpe kan, nah bukti sekali.

Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan." (Surah Al-Maidah : 90)



Tak tahu lah.
Sebenarnye sy ni marah ke atau sedih sebenarnye?
Atau sy yg terlebih sensitif??

Monday, October 26, 2009

Menyesal-lah kamu!

Bismillah.

Hari neh baca surat khabar.
Muke depan.
Lagi.
*sigh*
Tajuk : 'Lemas Najis'
Baca baca dan terus baca.
Mangsa,kanak2 berusia 4 tahun.
Ye,mmg ajal maut jodoh sume nye d tangan Tuhan.
Kalau sy menjadi ibu tersebut, pasti menyesal tak sudah.
Sampai mati menyesal, mungkin?

Kanak2 berusia 4 tahun dibiarkan keluar dan berjalan seorang diri.
Dibenarkan keluar ke kedai utk membeli gula2 seorang diri.
Malah diberi wang saku lagi apabila diminta.
Tanpa ditemani ibu bapa?

Heii tak sayang anak kah kamu?
Maaf,tak berniat utk menuju kpd sesiapa.
Cume kesal, terkilan dan hairan kenapa kanak2 sekecil itu diberi kebebasan utk berjalan seorang diri?
Ape lah sangat kanak2 berusia 4 tahun itu tahu?
Sedangkan manusia yang berusia 20 tahun pun kadang2 tidak dibenarkan utk keluar bersendirian.
Salah siapa?
Haihh..

Moge menjadi iktibar utk keluarga d luar sana.
Kanak2 yg berusia 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun atau 6 tahun atau ape sahaje.
Yang hanya kecil seperti itu, jangan dibiarkan berjalan seorang.
JANGAN!
Tolong jangan!

Jgn nanti apabila sudah terjadi sesuatu, baru hendak menyesal tak sudah.
Masa itu, kamu menangis air mata darah sekali pun, ape yg boleh dibuat?

Tapi,kanak-kanak berusia 3 tahun yg mati didera, diliwat, dicabul oleh teman lelaki itu lagi kejam!
Zalim!

Heii si ibu, kamu sangggup mempertahankan teman lelaki kau daripada anak yg kamu kendong 9 bulan itu?
Kamu lagi agungkan cinta lelaki itu dari cinta anak yg akn menolong kamu d dunia yg 1 lagi itu?
Kamu ibu yang paling sy benci!
Kamu tak layak utk dipanggil ibu pun!
Jijik!
Kemudian menangis teresak-esak kenape?
Menyesal?
Hakk tuihh.
Pergi kamu sehidup semati dengan lelaki itu di dalam hotel besi itu.
Seumur hidup kamu!
Cinta yang paling agung...
Konon!

Semoge kedua-dua kanak-kanak yang tersayang itu aman dan bahagia d dunia yg selamanya itu.
Kakak doakan utk kamu semua.
Semoge gembira mendengar segala rahsia d sane.

P/S : kalau kamu tak mahu kanak-kanak itu, berilah pada sy. Sesusah mana pun, saya pasti akn menjaganye dgn sebaik mungkin. Mereka tidak berdose. Langsung! Atau mungkin berilah kpd keluarga yg sudah berusaha selama bertahun-tahun, tetapi tidak mempunyai rezeki. Itu lebih baik.

Wednesday, October 21, 2009

Persoalannye.......

Salam.



Menjadi persoalan betul.

Kalau balik penang jek mesti tak lalu makan.

Tak lapar lak tu.

Klw balik umah, mesti asek lapar.

Dan makan mengikut waktu.

Sebab tu klw cuty lame2 dok kt umah cm tak bagus lah. Hehe.

Bukan tak bagus sbb ape,nanti akn membela badan d umah.

Kat penang maintain slim. Hihi.





Kenape ha?

Ke sbb malas nk mkn?

Ade kew?



Neh tak mkn langsung pape dari pagi neh.

Boleh rileks maintain mcm takde pape jek.

Err neh mmg tiada masalah kn?

Ke penyakit sebenarnye?



*Mengidam nk mkn pizza ade-lah. hihi. Plus Lasagna. perghh~*






Wednesday, October 14, 2009

@!$%(%#@!!&%$*&!!!

.RISAU.
.TAK SENANG HATI.
.RESAH.
.TAK TENANG.
.GUNDAH.
.HILANG FOKUS.

Ape lagi yg seerti?



Plus rasa nak balik umah tgk mak.

Dan juge rase nk mencarut-carut kat hosp kerajaan.

Sekian terima kasih.

Monday, October 12, 2009

Baru kau tahu langit tinggi rendah. Adeh..

Bismillah.

Mule2 nk ckp,smlm BN menang d bagan pinang.
Tahniah pada sume yg berkerja keras utk memastikan kemenangan milik BN.
Dgr cite BJ n kak ros pun kerja keras kt sane.
BJ katenye sampai sakit2 bdn n tak cukup tdo seminggu lebih.
Haha takpe bro,keje kuat berbaloi.
Tahniah sume~

*****************************************************************************

Lg 3 mggu nk final neh.
Tp asgment tak siap lg.
So takde mase nk stdy lg.
Haihhhh...
Yg asgment tu pulak,susah beno nk cr maklumat nye.
Bengang towl.
Mmg bengang sampai last2 nanti on9 bukak FB jek. haha.

Ape nk jd neh, ape nk jd neh..
Stdy tak start lg.
Dh r sem neh ade 6 paper.
Abeh r tergolek nk pulun nanti. Huhu.

Neh kesedaran mmg dh ade dh neh,bagus r kn.
Tp action nye takde lg.
Neh skunk dh pukul 2 lbey,mkn pun belum lg.
Tgk,diri sendiri pun dh tak terurus.
Serabowt gile skunk.
Haihhh...

Camne neh?

Pastu skunk pemalas gile lak tu.
Kalau dh tdo, tak ingat2 nk bgn.
Lepas bgn, mule r dlm aty ckp, 'Ciss rugi mase tdo lame td'.
Ampehh..
Ape nk jd neh.
*@#($*$&!!$%#
Haihhh
Dok mengeluh jek neh dr td.

Boleh fhm tak?


*Rase cm nak lek umah jek. Wuuu*

Friday, October 9, 2009

1 siswa 1 malaysia.

Bismillah.

Mggu neh byk program diadakan d usm.
Start mlm neh sampai ahad neh,ade 3 program.
Perkampungan 1 siswa 1 malaysia, handshake n moto mania.
Sepatutnya esok sy akn ke rumah anak yatim d arau perlis selam 2 hari.
Tapi tak jadi pulak. Sedih.
Semangat dh nk pergi.
:(

So,
maybe masa akn dihabiskan dgn join program2 kt U jelar kowt.

Mlm neh ade program 'handshake'.
Persembahan pelajar antarabangsa dan pelajar pelbagai kaum d malaysia.

Mggu neh jugak ade program 'Perkampungan : 1 siswa 1 malaysia'
Semua student dari seluruh ipta d malaysia dtg berkampung d usm.
Start hari neh sampai ahad. 3 hari 2 mlm.
Tadi pagi dah nampak ade student dr ump n umt dah sampai.
Sekarang mesti dah lg ramai yg sampai.
Nampak program neh cam best n besar-besaran.
Apapun kita tunggu sampai ahad neh nanti utk mengetahui best kew tak program tuh.

Seronok ah sejak 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB PM neh.
Semua benda pun nanti mesti nak ade '1'.
Macam cool jek kan?
:)

Mggu neh jugak ade PRK DUN31 d bagan pinang.
Semoga dapat kekalkan kerusi.
Sy yakin dapat kekal punye,insyaAllah.
Dan semoge pemuda pemudi d sane juge terus berkerja keras utk memastikan kemenangan.

-FIN-

Wednesday, September 30, 2009

Korean student~

salam.

tadi petang,balik dr kelas.

Tibe2 npk sorg student korean neh.

1 perkataan jek nk ckp.
Eyh dua perkataan.


SERIUS HOT!!!

:)

Monday, August 3, 2009

Anti-ISA demonstration.

Bismillah.

Salam setiakawan.

Kebelakangan ini sy mmg agak sibuk, blog jarang diupdate.
Tp memandangkan beberapa hari lepas tercetus huru hara di malaysia gara-gara demonstrasi yg diadakan GMI, tergerak pula hati utk menulis.

Sy mmg sudah lama tahu mengenai demonstrasi yg akn diadakan ini.
Seingat sy sejak hujung bulan 6 atau awal bulan 7 lg.
Semasa sy melayari internet sy terjumpe mereka ini mengajak bersama join demo itu.

Npk nye mereka lakukan juge walaupun sebenarnye boleh difikirkan oleh akal impak dr demo tersebut.

ISA perlu dimansuhkan?

TIDAK!
ISA tdk boleh dimansuhkan tetapi perlu dipinda sedikit agar tdk disalah gunakan oleh pihak terentu. Itu sahaje.

Klw ISA dimansuhkan, lebih banyak lg demo dan perhimpunan yg akn diadakan ats alasan demokrasi dan ats alasan mereka mempunyai hak.
Kita sebagai warganegara mmg mempunyai hak tetap harus diingat setiap hak dan kebebasan yg ade perlu lah ade batasan.

Klw tanpa batasan, ia akn mencetuskan huru hara dan kacau bilau.
Tgk sajelah demo 1 Aug yg lalu, baru disertai 5000+ org dh cukup mencetuskan huru hara dan menimbulkan perasaan kurang senang pd rakyat.

Jalan sesak, perniagaan terganggu, premis terpaksa ditutup, dll.
Byk impak yg -ve.
Cukup menyusahkan byk pihak!
Impak +ve hanya utk kepentingan pihak2 tertentu saje.

Nk kew kite hidup dlm negara yg sentiase huru hara dan kacau bilau?

Hargailah seadanya keamanan yg telah sedia ade.
Jgn cemarinya hanya ats kepentingan sendiri dan kepentingan pihak tertentu.
Dan hormatilah kedaulatan undang-undang yg ade.
Seperti perkara ke4 dlm rukun negara.

Sedangkan dlm agama pun telah ditetapkan peraturan dan batasan.
Kenapa perlu ade peraturab dan batasan?
Untuk menjamin kehidupan dan utk mencapai matlamat menjadi masyarakat yg sempurna.
Belajar lah diri utk berdisplin dan mematuhi undang-undang.
Apatah lg klw kita ini bergelar pemimpin.
Pemimpin perlu menjadi role model.
Yg akn menjadi pemandu jalan kpd yg bwh.
Baru nanti ank2 buah nya akn menuju ke arah yg betul.

Klw hidup asek nk melanggar undang2 dan menyusahkan byk pihak,
Pikir lah sendiri, diri neh sebenarnye bergune kew tak dlm masyarakat?
Org akn hormat kite kew klw kite neh jenis yg asek nk melanggar undang2?


Tepuk dada tanya selera.
Masyarakat malaysia sekarang makin bijak pandai.
Pandai menilai perkara yg terjadi.
Pandai berfikir.
Bezanya mungkin ade yg lambat sedar.
Itu sahaje.
Sbb itu wujud pepatah 'Sudah terhantuk baru nk terngadah'
Muge semua akn cpt sedar dan membuka mata.
Jgn dikaburi mata.
Nanti ade pihak yg akn bertepuk tgn sambil tersenyum puas melihat kpd kita.


Kebebasan tetap perlu ade batasan.

Monday, July 27, 2009

PHD.

Bismillah.

Pertamanya yg nk d ckp, sy hairan dgn sikap hasad dengki yg ada dlm kalangan kita.
Sy memaksudkan hasad dengki yg negatif.
Bukan yg positif.
Hasad dengki yg positif memang lah bagus dan membina.
Tetapi hasad dengki yg negatif ini?

Kalau diteliti secara halus, mmg hasad dengki yg negatif ini boleh menghancurkan diri.
Bukan diri sendiri sahaja, diri org lain sekali.
Hancurkan diri sendiri bila PHD ini terlampau bersarang d hati.
Terlampau penuh d dalam hati.
Hati akan menjadi tidak tenang.
Tak senang duduk bila lihat kejayaan atau kelebihan org lain.

Menghancurkan org lain pula apabila PHD yg terbuku d dalam hati itu,dipraktikkan secara fizikal.
Sama ada dgn niat utk menghancurkan org tersebut, atau tiada niat,
kedua-duanya akn menghancurkan.
Tp biasanya dgn niat lah kn?

Kadang-kadang pelbagai cara sanggup dilakukan, demi memuaskan hati yg penuh dgn PHD ini.
Yg lagi hairan, sanggup bergadai harta benda, demi memastikan pihak yg dicemburui itu menerima apa yg tidak sepatutnya diterima.
Kesian, mereka dianiaya.
Yg menganiaya akn tersenyum puas bila melihat kehancuran pihak sebaliknya.

Manusia ini diberi akal fikiran.
Boleh berfikir secara baik sekiranya akal tersebut dipelihara dgn baik.
Boleh berfikir mana yg baik dan buruk.
Boleh menilai menggunakan akal sendiri.
Boleh menganalisis dgn menggunakan akal yg dikurnia.

Cuma kadang-kadang manusia ini terlalu ikutkan hati, diabaikan akal yg diberi.
Kadang-kadang soal mencari rezeki pun ada masalah PHD.
Padahal Allah dah janjikan rezeki utk setiap manusia sebelum dilahirkan lg.
Percayalah pada rezeki yg telah ditetapkan.


Kadang-kadang PHD muncul apabila seseorg dilihat mencapai kejayaan dgn cepat dan lebih dr lain.
Pelbagai agenda diatur demi menjatuhkan pihak yg berjaya tersebut.
Apalah salahnya tumpang gembira dan sama-sama doakan kejayaan pihak tersebut.
Ini tidak, pelbagai tohmahan, caci-maki, fitnah pula dilemparkan.
Bagai tidak dapat menerima hakikat.
Bagai menolak takdir.

Teringat kata-kata seorang pensyarah sy baru-baru ini,

' Akal diberikan utk bezakan manusia dan haiwan. Utk bezakan 'MANUSIA' itu. Tp Zaman sekarang, walaupun manusia ada akal tp 'KEMANUSIAAN' itu dah hilang '

Yg mengecewakan lg, kebiasaan nya yg memiliki PHD ini dtgnya dr golongan bangsa kita sendiri.
Bukan bangsa lain.
Kebiasaan nya lah.
Sy bukan nk bersifat rasis, cuma nk ajak sama-sama berfikir.

Contoh ;

Kalau org kita buka kedai mkn bersebelahan contohnya.
Kebetulan kedai bersebelahan nya lebih maju dan ramai pengunjung.
Pasti pihak yg lg 1 tidak senang duduk dan akan lakukan sesuatu.
Bebeza dgn bangsa lain.
Buka kedai bersebelahan pun tiada masalah bg mereka.
Mereka cuma terus menjalankan tugas masing-masing, mencari rezeki masing2.

Betul atau tidak?
Persoalannya, sampai bila?

Sy bukan manusia sempurna.
Tetapi ada kelebihan dan juga kekurangan.
Iri hati yg positif digalakkan, iri hati yg negatif harap dijauhkan.

Salam setiakawan.

Wednesday, July 22, 2009

KJFC d facebook.


Bismillah.


Juz nk inform, kpd sape2 yg ADA FACEBOOK tuh,

Marilah kita bersama2 join KJFC (KHAIRY JAMALUDDIN FAN CLUB)


Terbuka kpd semua.



Sile beri kerjasama dan sokongan anda.


Marilah terus menyokong pemimpin muda yg berkaliber lagi berkarisma ini.


Sekian terima kasih.


-Salam setiakawan-



Utk menjadi ahli KJFC, sile klik di sini

Sunday, July 19, 2009

Pecah pecah dan terus lagi pecah.

Bismillah.

Kamu sume pnh punya pengalaman rumah d pecah msk?
Sy pernah.
Bukan baru-baru ini tp beberapa thn yg lepas.
Seingat sy sudah 3 tahun yg lepas.
Tp trauma nya hingga kini masih terasa.
Masih sgt terasa.

Kejadian berlaku ketika kami sekeluarga berada d dlm rumah.
Kami semua tidak d apa2 kan kerana mereka hanya menceroboh masuk ke sebuah bilik sahaja.
Syukur.
Kejadian juga langsung tidak d sedari kami sekeluarga.
Tahu-tahu bgn subuh tgk bilik sudah d pecah masuk.
Kehilangan komputer riba dan telefon bimbit.
Kepunyaan sy.
Ye,walaupun kerugian tidak lah mencecah puluhan ribu ringgit tp tetap begitu meninggalkan kesan kpd kami.

Bg sy, mereka ini tidak langsung mensyukuri nikmat yg telah d kurniakan
Malas bekerja!
Ingin mencari jalan senang dgn memecah msk ke rumah org.
Tolong lah, orang yg telah menginjak usianya juga membanting tulang bekerja utk mencari sesuap rezeki.
Kamu mencari jalan mudah utk senang.
Tiada jalan mudah utk senang melainkan dgn usaha yg gigih.

Kawasan perumahan sy kini telah menjadi kawasan hitam.
Terlalu byk kes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pecah rumah, samun, ragut, dan semua jenis seangkatannya.
Yg menjadi persoalan, kenapa pihak berkenaan tidak mengambil tindakan?
Rasanya sudah terlalu byk laporan telah dibuat.
Apa lah salah nya setelah menerima byk laporan, kamu lakukan rondaan setiap mlm.
Tolong lah jalankan tugas dgn penuh amanah dan dedikasi.
Kami semua berharap pada kamu semua utk mencegah kegiatan seumpama ini.

Sy yakin kegiatan seperti ini dilakukan oleh warga asing.
Kawasan tempat tinggal sy mmg terkenal dgn lambakan mereka ini.
Tambahan pula sebelum ini kawasan perumahan sy tdk pernah berlaku kejadian spt ini.
Hanya selepas projek dinaikkan d kawasan sy,kes ini semakin menjadi-jadi.

Tambah meyakinkan, bilik yg d pecah msk tersebut meninggalkan bau badan yg memualkan.
Sangat menyesakkan dada kami sekeluarga.
Mereka juga telah tertinggal beberapa peralatan d lua rumah sy.
Mungkin stelah mendapat apa yg dihajati,ingin begegas lari.

Parang.
Ayahanda sy telah menemui parang d lua rumah.
Kamu boleh bayangkan betapa terancamnya nyawa kami sekiranya mereka menyerang kami di dalam rumah?
Syukur tidak berlaku.

Trauma yg kami rasakan kamu sendiri tak akan pernah faham.
Pantang terdengar sedikit bunyi,kami akan terkejut bangun dan memeriksa rumah.
Tidur kami sekeluarga tidak pernah nyenyak semenjak kejadian tersebut.
Sentiasa memasang telinga.
Ini belum lagi kes bg mereka yg pernah d serang di dalam rumah oleh penyamun.
Pasti trauma mereka jauh lebih teruk dr kami.
Tolong lah tangani perkara ini dan banteras punca kejadian ini.
Jangan pandang remeh dan ambil ringan perkara seperti ini.

Sekarang, berada di rumah sendiri pun rasa tidak selamat.
Jadi, di mana yg kita akan berasa selamat??

Tuesday, June 30, 2009

Alahaiiiii KJ~~~

Bismillah..

Heeeeeeee :)))
Dimulekan dgn senyuman yg panjang lebar sehingge ke telinge.
Hik.

Neh pahal tbe2 senyum ke telinge neh?
Eh bukan kew senyuman merupakan satu sedekah?
Elok sedekah d bukan Rejab yg mulie neh,..
:)))


Haha.
Sebenanye senyum sbb td having facebook chat with KJ!
Haha.
Seronok2.

Oke dh.
Seronok sket jek dh r.
Skunk nk sdey byk lak.
:((((
Lg sdey dr senyuman td taw.
Uhuk.
Tgh syok2 td, tbe2 KJ ckp mayb neh penggal akhir dye dlm politik!
Histeria jap td dgr dye ckp cm2.
No KJ,no no canot cannot.
Mane bley!
Mane ley bro, kene tunggu sy abeh blaja dulu sbb nk keje ngn kamuh dulu.
Hehe.


Tp lega sket (sikittt jek eh) bile dye ckp cmni :



Khairy Jamaluddin at 1:28pm June 30
Guys - I am not fixed that this is my last (and only) term but its a possibility. Frankly dah letih. I have been through hell and back. Want to see my boys grow up. Can contribute in other ways. Esp I am sick and tired of people saying I want to be PM by the time I'm 40. I DON'T!




See, jgn tudoh dye bukan2.
Mane ade dye nk jd PM mcm owg len heboh2 kn tuh.
Niat dye nk memimpin murni n jelas.


Tgk neh lak :


Khairy Jamaluddin at 1:46pm June 30
Guys - please save time just address me as KJ. No need YB. Saya bukan dilahir dengan gelaran YB dan takkan meninggal dunia ini dengan gelaran YB...



Jgn lah sia2 kn pemimpin berkarisma spt neh dgn fitnah2 ttg dye.
Plz..
Sy takmo kite kehilangan pemimpin yg bagus spt neh.
Berkarisma. Rendah diri. Jujur. Ikhlas. Berani.
Pelisshh plzzz lah sume.
Buke lah mata anda.
Jgn terlalu mudah menghukum dan menyebarkan fitnah.




To KJ:
JGN peduli ape org nk ckp.
JGN katekan neh penggal akhir utk kamu.
Plzz..
Perjuangan maseh belum selesai.
Kami maseh memerlukan kamu.
Sekian.




>>Alwiz by urside no matter what<<



.Fin.

Sunday, June 28, 2009

Poyo!

Bismillah.



Entry neh ade unsur2 yg tidak bek.
Klw takmo bace,bek benty skunk.


First nk ckp,..



Aku tak cr psl pun kt kau
Yg ko panas pahal?
Sbb aku tak nk kau?
Hey,wth yg kau buat ha?
Mmg pragai kau mcm neh eh senanye?
Suke maki2 org?
Emo tak tentu pasal?
Hey kau sape ha yg nk wt aku cm2?
Kau nk tunjuk ego kau kat aku?
Kunun ego sgt lah tuh?
Nk tunjuk kau bagus?
Mcm bagus sgt!
Nk tunjuk ape lg?
Kunun2 mcm aku nk sgt kt kau?
Haha.
Klw aku nk pun,tgk prangai kau cmni takdenye aku nk kau.
Kunun2 aku dgr ko dpt duit,
Dpt durian runtuh,aku nk terkejar2 kat ko-lah?
Haha.
Aku bukan materialistik doh..




Senang cite lah kn:
'ADE AKU KESAH??'





Klw kau mcm dye neh, mmg r aku kesah.
Sumpah aku nak.
Hehehehehe.
Tumpang lalu~



Thursday, June 25, 2009

Haihhhhhhhhhhhhh

*Gambo hiasan semate2*

Mcm ade yg tak kene jek..
Haihhh...

Mcm tak lengkap.

Mcm kehilangan pn ade gak.

*sigh*

Kenape yer?

Haha gile.


Padan muke gwe!

Tuesday, June 23, 2009

Rejab~

Sok 1 Rejab.
Klw boleh mari-lah kite berpuasa same2 yer
:)
Juz nk share in4 psl bulan rejab neh.


REJAB ertinya “MULIA”.
Bulan di mana berlakunya ISRAK dan MIKRAJ pada 27 REJAB.


Amalan-amalan pada bulan REJAB adalah seperti berikut:-

1. Membaca doa awal REJAB
2. Mengerjakan puasa sunat REJAB

a. Puasa 20 hari - di ampunkan dosa2 yang lalu
b. Puasa 19 hari - akan dibinakan mahligai di syurga
c. Puasa 16 hari - dapat melihat ALLAH di dalam syurga
d. Puasa 15 hari - diberi pahala seperti berpuasa 100ribu tahun
e. Puasa 14 hari - diberi pahala seperti berpuasa 10ribu tahun
f. Puasa 13 hari - diberi pahala seperti berpuasa 3ribu tahun
g. Puasa 10 hari - diberi 2 sayap utk terbang sepertikilat di SIRATAL MUSTAQIM
h. Puasa 9 hari - tidak di tolak masuk syurga
i. Puasa 8 hari - akan dibukakan 8 pintu syurga padahari KIAMAT
j. Puasa 7 hari - ditutupkan 7 pintu NERAKA pada hari KIAMAT
k. Puasa 6 hari - dikeluarkan dari kubur dgn mukabercahaya
l. Puasa 5 hari - terhindar dari seksa kubur
m. Puasa 4 hari - akan dijauhkan dari bala bencana
n. Puasa 3 hari - dibina benteng penghalang dari apineraka
o. Puasa 2 hari - dilipat gandakan pahala amal ibadah
p. Puasa 1 hari - diberi pahala seperti berpuasa 40tahun.

3. Melaksanakan Solat Sunat REJAB

a. Solat Sunat Awal REJAB
b. Malam pertengahan atau 15 REJAB
c. Malam akhir atau 30 REJAB
d. Solat Sunat REJAB pada hari KHAMIS pertama bulan REJAB
e. Solat Sunat Taubat di ikuti istighfar

4. Berzikir, bertasbih dan berselawat setiap hari pada bulan REJAB.


*Muge2 semua dpt memperoleh fadilat pd bulan rejab yg mulie neh*

Monday, June 22, 2009

KANTOI

Currently salu dgr lagu inih...
Syok jek...
Klw nk dgr google lah eh..aha
Tp sape2 yg pechenta bahase toksa dok dgr sgt-lah.
Kompem marah kowt :)


KANTOI-ZEE AVI

Semalam I call you, you tak answer.
You kata you keluar pergi dinner.
You kata you keluar dengan kawan you.
But when I called Tommy he said it wasn't true.

So I drove my car pergi Damansara.
Tommy kata maybe you tengok bola.
Tapi bila I sampai you, you tak ada.
Lagilah I jadi gila.

So I called and called sampai you answer.
You kata sorry sayang tadi tak dengar.
My phone was on silent, I was at the gym.
Tapi latar belakang suara perempuan lain.

Sudahlah sayang, I don't believe you.
I've always known your words were never true.
Why am I with you, I pun tak tahu.
No wonderlah my friends pun tak suka you.

So I guess that's the end of our story.
Akhir kata she accepted his apology.
Tapi last last kita dapat tahu she was cheating too.
With her ex boyfriend's best friend-Tommy