Thursday, April 9, 2009

KJ : Keciwa

Bismillah...



Sedikit kecewa apabila melihat barisan baru kabinet tidak tercatit nama KJ..
Walau apa pun,tak mengape..
Sy sgt percaya pada kepimpinan KJ..
Tak jd menteri pun tak semestinya tak boleh tunjukkan prestasi yg cemerlang kn?



Sy berharap dam meminta pd semua pihak,agar memberi KJ peluang utk buktikan keupayaan beliau..
Selama ini yg kedengaran hanyalah caci maki dan perkara yg berbaur negatif tentang beliau.
Perkara-perkara tersebut telah menutup dan mengkaburkan keupayaan yg dimiliki oleh beliau.
Justeru,sy berharap,semua pihak d Malaysia dpt memberi peluang kpd KHAIRY JAMALUDDIN utk membuktikan keupayaan beliau.



Ape yg sy dgr,semalam,YAB PM kite telah berjumpa dgn KJ dan meletakkan satu amanah d bahu KJ utk mengembalikan semula kepercayaan golongan2 belia dan muda yg sekarang dilihat semakin beralih arah.
Bagi sy,perkara ini adalah teramat penting utk diberi perhatian dan ditangani kerana golongan muda dan belia lah seterusnya yg akn menentukan pucuk pimpinan negara.



Jd,sy juga berharap pd KJ agar dapat menjalankan amanah tersebut dgn sebaik2 nya.
Perkara ini sgt penting.
Sy yakin YB boleh lakukannya.

Buktikan pada semua anda dapat lakukan amanah dan tanggungjawab yg diberikan dgn sebaiknya.




>>ALWIZ BY URSIDE NO MATTER WHAT KJ<<

6 comments:

ahlang said...

kecewo den Kj tak masok list kabinet

Bro Jinggo said...

Salam

Jangan sesekali kita kecewa kerana ESOK masih ada… Dan Perjuangan harus diteruskan…. Kita berusaha lagi…

Peganglah amanat yang disarankan oleh YB KJ terimalah pengumuman ini dengan hati yang terbuka dan terimalah juga cabaran yang diberi kepada kita untuk memenangi dan mengembalikan sokongan pengundi muda dengan penuh iltizam dan kesungguhan. Kita semua hendaklah menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan berkesan dan menyeluruh.

Salam Perjuangan

Salam Setiakawan


BJ

Anonymous said...

Tahniah kabinet kawalan jauh Tun Mahahthir !!!!

Bro Jinggo said...

Salam Ziarah

Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri

Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.

Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.

Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan. Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau .

Salam Setiakawan

BJ

Bro Jinggo said...

Maaf kesulitan melayari laman Prokhairy.com

Anda boleh melayari laman ini melalui http://www.prokhairy.blogspot.com
Terima Kasih kerana melayari blog kami.
admin: Bro Jinggo

Edryna Wanie said...

sy mmg tak dpt nk sembunyi lah perasaan keciwa KJ tak tersenarai dlm kabinet..Sampai kini masih terase..Tp papepun KJ sentiase d aty.. :)