Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

Sile bace.

Edisi Khas : Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !!!

1. BPN memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia ( di sini ) yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :

• Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information
• Never plagiarise
• Identify and link to sources whenever feasible
• Never publish information they know is inaccurate - and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt
• Distinguish between advocacy, commentary and factual information
• Admit mistakes and correct them promptly
• Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity
• Explain each blog's mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers' conduct
• Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas
• Abide by the same high standards to which they hold others


2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.

4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.

5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431. Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.

Sekian, terima kasih !
Yang benar,Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/


*Harap dapat dijadikan panduan utk semua bloggers*

Monday, November 9, 2009

Islam sgt ke neh? Nak fikir jap...

Bismillah.

Tajuk nye,
'Isteri menangis, suami menggigil.'

Apekah?
Haihh kerana politik mereka sanggup mengangkat bai'ah ni?
Kesian pada si isteri.
Kesian sgt!
Mereka dijadikan korban pula.
Tak pasal-pasal.
Talak tiga pula tu.
Sedih betul!

Pelik.
Inikah parti yg betul2 mendukung ajaran islam?
Wahh hebat sungguh ye.
Sampai mengikat ahlinya seketat-ketatnye sebegitu rupa.

'Kalau kau keluar atau lompat parti, jatuh talak tiga kat bini kau'
Warning neh! Warning neh!
Lalu menangis laa si isteri2 ahli parti ini.
Cehh main ugut2.
Dashyat2....

Ape komen org yang mempunyai ilmu agama yg tinggi tentang perkara ni yer?
Islam agama suci.
Kalau dahulu pernah dengan sewenang-wenangnya melabel parti kerajaan kafir.
Masuk parti kamu, dapat tiket ke syurga.
Wahh senang betul.
Tapi kalau nak masuk syurga, kene jadikan ikatan suci perkahwinan sebagai gadai.
Kene jadikan isteri mcm barang dagangan.
Ibarat ikatan perkahwinan itu tiada nilai.
Yg paling penting sekali, jgn khianat parti!
Cehh...
Si suami tak sayang si isteri ke?

Err,
perbuatan ini sangat tidak baik-lah bukan?

Wahai masyarakat Malaysia yang amat saya sayangi, bukalah mata, hati dan minda anda.
Nilai lah dgn sebaik-baiknya dgn akal yg telah Allah kurniakan.
Kadang-kadang, Indah khabar dari rupa jek kan?

Sedih-sedih...sangat sedih!

Monday, August 3, 2009

Anti-ISA demonstration.

Bismillah.

Salam setiakawan.

Kebelakangan ini sy mmg agak sibuk, blog jarang diupdate.
Tp memandangkan beberapa hari lepas tercetus huru hara di malaysia gara-gara demonstrasi yg diadakan GMI, tergerak pula hati utk menulis.

Sy mmg sudah lama tahu mengenai demonstrasi yg akn diadakan ini.
Seingat sy sejak hujung bulan 6 atau awal bulan 7 lg.
Semasa sy melayari internet sy terjumpe mereka ini mengajak bersama join demo itu.

Npk nye mereka lakukan juge walaupun sebenarnye boleh difikirkan oleh akal impak dr demo tersebut.

ISA perlu dimansuhkan?

TIDAK!
ISA tdk boleh dimansuhkan tetapi perlu dipinda sedikit agar tdk disalah gunakan oleh pihak terentu. Itu sahaje.

Klw ISA dimansuhkan, lebih banyak lg demo dan perhimpunan yg akn diadakan ats alasan demokrasi dan ats alasan mereka mempunyai hak.
Kita sebagai warganegara mmg mempunyai hak tetap harus diingat setiap hak dan kebebasan yg ade perlu lah ade batasan.

Klw tanpa batasan, ia akn mencetuskan huru hara dan kacau bilau.
Tgk sajelah demo 1 Aug yg lalu, baru disertai 5000+ org dh cukup mencetuskan huru hara dan menimbulkan perasaan kurang senang pd rakyat.

Jalan sesak, perniagaan terganggu, premis terpaksa ditutup, dll.
Byk impak yg -ve.
Cukup menyusahkan byk pihak!
Impak +ve hanya utk kepentingan pihak2 tertentu saje.

Nk kew kite hidup dlm negara yg sentiase huru hara dan kacau bilau?

Hargailah seadanya keamanan yg telah sedia ade.
Jgn cemarinya hanya ats kepentingan sendiri dan kepentingan pihak tertentu.
Dan hormatilah kedaulatan undang-undang yg ade.
Seperti perkara ke4 dlm rukun negara.

Sedangkan dlm agama pun telah ditetapkan peraturan dan batasan.
Kenapa perlu ade peraturab dan batasan?
Untuk menjamin kehidupan dan utk mencapai matlamat menjadi masyarakat yg sempurna.
Belajar lah diri utk berdisplin dan mematuhi undang-undang.
Apatah lg klw kita ini bergelar pemimpin.
Pemimpin perlu menjadi role model.
Yg akn menjadi pemandu jalan kpd yg bwh.
Baru nanti ank2 buah nya akn menuju ke arah yg betul.

Klw hidup asek nk melanggar undang2 dan menyusahkan byk pihak,
Pikir lah sendiri, diri neh sebenarnye bergune kew tak dlm masyarakat?
Org akn hormat kite kew klw kite neh jenis yg asek nk melanggar undang2?


Tepuk dada tanya selera.
Masyarakat malaysia sekarang makin bijak pandai.
Pandai menilai perkara yg terjadi.
Pandai berfikir.
Bezanya mungkin ade yg lambat sedar.
Itu sahaje.
Sbb itu wujud pepatah 'Sudah terhantuk baru nk terngadah'
Muge semua akn cpt sedar dan membuka mata.
Jgn dikaburi mata.
Nanti ade pihak yg akn bertepuk tgn sambil tersenyum puas melihat kpd kita.


Kebebasan tetap perlu ade batasan.

Wednesday, May 27, 2009

Perak. Penanti.

Bismillah...

Skunk kesah Kak min tgh hot dibicarakan?
Maklum-lah,pilihanraya d penanti akn d adakan tdk lm lg.
Jd,perkara2 seperti ini akn timbul.
Ini perkara biasa.
Mmg sy sendiri pun yakin,pasti akn ade isu yg akn dibangkitkan d setiap pilihanraya yg akn d adakan walaupun d pilihanraya yg kecil.

Sy hairan.
Bermula dgn kes d perak.
Bermacam2 perkara yg dbangkitkan.
Berlarutan hingga kini.
Masih belum selesai.
Sy percaya,rakyat perak pasty mule jelak! Jemu!
Tidak abeh2 dgn kisah MB.
Phk tertentu memulakan cabar-mencabar d mahkamah.
Bila pd mulenye keputusan berpihak pd mereka,mereka diam,percaya mahkamaha adil.
Namun lain pula ceritanya apabila mahkamah rayuan memutuskan keputusan.
Dikatakan pula hakim menerima suapan. Hakim disogok.
Kenapa apabila kemenangan berphak pd mereka pd mulanya,phak BN tidak pula menuduh mereka memberi suapan pd hakim, sogok hakim??
Malah phak BN redha cuma ingin mempertahankan diri dgn membawa ke phk mahkamah rayuan pula.
Namun tiada pula membuat dan melemparkan pelbagai jenis fitnah kpd phk yg lg 1.
Hairan kn?

Terkini isu kak min d penanti pula.
Pd mulanya enggan mengakui.
Disuruh menunjukkan bukti.
Apabila dh menunjukkan bukti, baru hendak mengaku.
Tp masih menidakkan beberapa perkara.
Katanya bukan mewakili parti.
Ingin menunjukkan bhw parti mereka kunun nye bersih drp sebarang jenis rasuah.
Sorry?
Boleh kew mengkaburkan mata rakyat dgn alasan seperti e2?
Semua nya manusia juge.
Tdk semestinya parti tersebut yakin mereka bersih drp anasir2 kotor spt ini.
Mereka manusia juge.

Pd mulenye bermati-matian enggan mengaku, cabar menunjukkan bukti.
Tinjuk bukti, mengaku.
Namun sedaya upaya berusaha menutup keburukan yg jelas.
Sy kagum dgn kak min krn berani tampil ke hadapan.
Mungkin yg lain tidak seberani seperti beliau.
Sy yakin, jika ramai lg rakyat yg berani seperti beliau,pasti lebih byk yg kita dpt lihat dan nilai.
Ape2 pun segalanya terserah kpd pihak berkuasa utk menyiasat.
Jgn nanti timbul lg cerita pihak berkuasa telah disogok pula.
Yakinlah dgn undang2 yg terdapat d negara Malaysia terchenta ini.
Jika tdk, hilang-lah kedaulatan negara kita.

Berpegang-lah kembali pd RUKUN NEGARA MALAYSIA.
Sorry?
Tak egt?
Lupe?
Tdk pernah hafal?

Takpe, sy tulis kembali utk semua mengingatinya kembali agar kita dpt hidup dlm negara Malaysia yg aman dan damai seperti sebelum ini.
Amin..

RUKUN NEGARA
1) Kepercayaan kepada Tuhan ( ini yg plg penting)
2) Kesetiaan kpd raja dan negara.
3) Keluhuran perlembagaan.
4) Kedaulatan undang-undang.
5) Kesopanan dan kesusilaan.


*Sekian pandangan peribadi sy.*

Friday, November 21, 2008

Berbicara Politik~ :)

Tibe2 tergerak aty utk memberikan sedikit pendapat tentang keadaan politik d negara kite skunk…



Keadaan politik semakin lama semakin rumit dan membimbangkan. Semuanya dilihat semakin meruncing selepas berlakunya PRU 12 pd Mac yg lalu. Mmg aneh tuah YAB Dato seri Abdullah. Pd PRU 11, beliau meraih mandat terbesar dlm sejarah BN. Tetapi pd PRU 12, mencatatkan prestasi terburuk dgn 5 negeri jatuh ke tgn parti pembangkang. Mahu tidak mahu,beliau terpaksa menerima kesilapannya. Walaupun rekodnya bersih, malah pernah digelar ‘Mr Clean’, beliau sering dinilai sebagai pemimpin yg tidak cekap. Bagi sy, beliau dianggap sebegitu krn sikap nya yg tidak tegas dan terlalu berlembut. Walaubagaimanapun, mungkin itu adalah sahsiah beliau hasil didikan keluarga tercinta. Penuh dgn kesopanan dan kelembutan serta didikan agama yg tinggi. Beliau tidak salah malah sy turut mengagumi keperibadian beliau, namun mungkin ini yg dkatakan sbg nasib dan nasib tidak menyebelahi beliau. Akhirnya beliau membuat keputusan utk mengundurkan diri dan peralihan kuasa akn dilakukan, TPM akn menjadi bkl PM dlm ms kurang dr 5 bulan lg..

Namun bkn ini yg ingin sy perkatakan, yg sy ingin berbicara ialah tentang pemikiran rakyat Malaysia khususnya golongan muda yg menjadi pelapis pemimpin pd ms hdpn. Jika dilihat senario pd ms ini, golongan muda khususnya dilihat cenderung menyokong parti pembangkang. Mengapa hal ini ley terjd,sedangkan kita sedar bhw slma ini yg berjuang utk negara dan rakyat atau lebih tepat berjuang demi kepentingan Melayu adalah kerajaan [UMNO] tetapi golongan pasca merdeka ini dilihat menyanjungi pihak pembangkang. Adakah dgn keadaan ini akn menguburkan impian UMNO utk menebus maruah mereka kembali pd PRU 13? Pd pendapat sy, trend golongan muda berpihak ke pihak pembangkang krn menyanjungi attitude yg ada pd pemimpin parti tersebut. Inilah yg dikatakan autoriti karisma. Beliau dsanjung krn ketokohan, kepetahan berpidato. Beliau juga dgilai ats sb tidak menjemukan dan simpati. Malah tidak keterlaluan jika sy ingin mengatakan bhw mereka yg dahulunya melaungkan ‘Allahuakbar’ kini beralih arah melaungkan ‘Reformasi’ pula. Sy berckp berdasarkan pemerhatian sy..

Di sini sy ingin mengajak golongan muda utk berfikir sejenak. Kita harus tanam sikap sedar diri dlm diri kita. Mahukah kita menjadi seperti melukut d tepi gantang? Tidak sedarkah kita bhw siapa yg berjuang utk memerdekakan negara kita setelah sekian lm djajah? Mungkin rmai d antara kita yg lahir slps kemerdekaan, maka kita tidak sedari keperitanan dan kepayahan nenek moyang kita dahulu. Sy sendiri slps mendengar cerita ttg keperitan rakyat kita dahulu d bwh pemerintahan penjajah dr nenek sy, sy sedar dan bersyukur krn dlahirkan d zmn pasca merdeka. Malah slps e2, smgt sy utk mempertahankan kmerdekaan negara semakin berkobar2 dan sy begitu sygkan tanah air yg tercinta ini. Mungkin belum tiba ms nye lg utk sy buktikan krn sy masih menuntut ilmu namun apabila tiba ms nye nt akn sy buktikan dan ceburkn diri brsm2 utk terus mempertahankan negara tercinta ini.

Usahlah dbangkitkan soal perkauman. Kita seharusnya berbangga dgn negara kita yg m’punyai pelbagai kaum dan slma ini hidup dlm keadaan yg aman dan harmoni. Malah negara luar juga ingin menjadikan negara kita sbg contoh krn masyarakat majmuk yg ade d negara ini. Maka, dr zmn dahulu pejuang2 kita telah bersusah-payah memupuk smgt perpaduan d ant kaum d negara ini. Jgn lah kita pd zmn skunk ingin merosakkannya. Tidak syg kah kite dgn perpaduan yg tlh ada ini? Bgaimanakah kite ingin mencapai dan menuju Wawasan 2020 spt yg tlh d cdgkn oleh mantan PM kita jika masalah perpaduan ini tidak dpt dselesaikan dan dilihat menjadi semakin kritikal? Wawasan 2020 ialah 1 medium utk kita terus membuktikan pd dunia bhw Malaysia mampu utk menjadi negara yg maju mengikut acuan yg tersendiri. Maka salah 1 aspek utk mencapai matlamat ini adalah dgn terus mengukuhkan ikatan perpaduan yg telah sedia ada. Usahlah kita m’persoalkan tentang perkara yg tlh sedia ada d dlm perlembagaan yg tlh dpersetujui oleh pemimpin terdahulu brsm2. Usahlah dpertikaikan ttg kontrak sosial yg tlh wujud krn slma ini kita juga mampu utk hidup dgn aman dan damai wlupn dgn adanya kontrak sosial tersebut.

Seterusnya sy ingin memperkatakan tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA]. Skunk dilihat ramai pihak dgn lantang menyuarakan pendapat mereka utk mamansuhkan ISA ini. Bg sy tidak perlu memansuhkan ISA ini krn ia adalah 1 cara utk kite menjaga kedaulatan negara. ISA adalah 1 pencegahan utk memelihara keharmonian negara. Berfikirlah, sekiranya ISA dimansuhkan kita pasty akn hidup dlm negara yg berkeadaa huru-hara krn tidak ada medium utk menyekat keekstereman golongan tertentu. ISA adalah satu2 nya cara utk mencegah drpd golongan tetentu utk mengacau dan menimbulkan kekecohan dlm negara ini terutama yg dpercayai akn menimbulkan huru-hara dlm negara, mencetuskan smgt perkauman dan berkaitan dgn dadah. Bg yg tidak mengetahui, ISA adlh 1 penahanan tanpa perbicaraan slm tempoh 60 hr. Mereka dthan ats keyakinan pihak berkuasa tentang kesalahan yg dlakukan ttp sekiranya ingin dbicarakan.tidak m’punyai bukti yg mencukupi tetapi amat dyakini pihak berkuasa ats kslhn yg dlakukan. Slps tamat tempoh soal dlm 60 hr, mereka boleh dbebaskan atau terus dtahan slm 2tahun sekiranya dluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Akta ini tidak pelu dimansuhkan krn negara luar juga berminat dan ingin mengkaji undang2 ini. Sbg contoh Indonesia berikutan sering menjadi mangsa serangan bom ganas spt Jamaah Islamiyyah. Pd mulanya, pd tahun 2001, Amerika syarikat menentang akta ini dan mengatakan bhw akta ini kejam namun akhirnya menarik kembali dan menyesali kenyataan tersebut pd tahun 2004. Dan ini amat mungkin berpunca drpd peristiwa 11 September dan penggubalan Akta Patriot selepasnya. Maka jelas dilihat akta ini tidak seharusnya dimansuhkan utk mengawal dan mencegah perbuatan yg ekstrem d negara kita. Mmg kita hidup dlm negara yg demokrasi tetapi kita seharusnya sedar kebebasan kita kdg2 perlu ada batasan utk kepentingan bersama. Tidak guna kita terus merpejuangkan utk memansuhkan akta ini krn ia diibaratkan spt mempertaruhkan kedaulatan dan keamanan negara kita. Mahukah kita hidup dlm keadaan yg huru-hara dan tidak aman? Pasty tidak bkn?

Kita juga perlu sedar ttg pengorbanan yg tlh dlakukan oleh kerajaan kpd rakyat slm ini. Byk yg telah dtaburkan oleh kerajaan sendiri dan bkn drp pihak pembangkang. Dr menaikkan hrga minyak sehinggalah pemberian rebat dan penurunan hrga myk sehingga RM2 seliter pd ketika ini. Masih tidak berpuas hatikah kita dgn keadaan skrg? Msih tidak bersyukur kah kita dgn apa yg tlh diperolehi? Mengapa kita semakin ingin menentang kerajaan yg slma ini byk memberikan ksngn kpd kita? Bajet 2009 br2 ini juga dpt dlihat usaha kerajaan utk mengurangkan beban rakyat. Ini membuktikan bhw kerajaan begitu syg dan komitmen trhdp rkyt. Ia juga sbg tanda terima kasih kerajaan trhdp rkyt ats sokongan yg dberikan slm ini wlupn tlh mengalami kekalahan yg teruk lm PRU12 br2 ini.

Diharapkan rakyat akn cepat tersedar kembali dr mimpi dan angan-angan yg belum tentu akn dikotakan oleh pihak pembangkang. Masih tidak sedarkah kita wlupn pelbagai bukti yg dpt dilihat skrg? Benarlah kata Tun DR M, ‘Melayu mudah lupa’. Jgn lah sampai kita akn melukut d tepi gantang dan hy menjadi spt pak turut mengikut arahan drp pihak lain. Waspadalah kita dgn apa yg tlh terjadi. Jgn sampai negara kita tergadai. Susah payah pemerintah2 kita yg terdahulu mempertahankan dan kita sewenang2 nya mempertaruhkannya dlm sekelip mata. Apa yg ada jarang disyukuri,apa yg tiada sering dirisaukan. Inilah bahaya dunia……Moga seimbang dunia dan akhirat kita sebagai umat Islam.Amin…

*Sy mengingatkan org dan juga sekaligus mengingatkan diri sy sendiri. Akhir kata maaf andai tersilap bicara. Ini adalah semata2 memberikan sedikit pendapat diri shj. Menulis atas kewarasan akal dan kebenaran.

-Edryna_Wanie@C.H.A.N.T.E.K-November 2008-