Friday, November 21, 2008

Berbicara Politik~ :)

Tibe2 tergerak aty utk memberikan sedikit pendapat tentang keadaan politik d negara kite skunk…



Keadaan politik semakin lama semakin rumit dan membimbangkan. Semuanya dilihat semakin meruncing selepas berlakunya PRU 12 pd Mac yg lalu. Mmg aneh tuah YAB Dato seri Abdullah. Pd PRU 11, beliau meraih mandat terbesar dlm sejarah BN. Tetapi pd PRU 12, mencatatkan prestasi terburuk dgn 5 negeri jatuh ke tgn parti pembangkang. Mahu tidak mahu,beliau terpaksa menerima kesilapannya. Walaupun rekodnya bersih, malah pernah digelar ‘Mr Clean’, beliau sering dinilai sebagai pemimpin yg tidak cekap. Bagi sy, beliau dianggap sebegitu krn sikap nya yg tidak tegas dan terlalu berlembut. Walaubagaimanapun, mungkin itu adalah sahsiah beliau hasil didikan keluarga tercinta. Penuh dgn kesopanan dan kelembutan serta didikan agama yg tinggi. Beliau tidak salah malah sy turut mengagumi keperibadian beliau, namun mungkin ini yg dkatakan sbg nasib dan nasib tidak menyebelahi beliau. Akhirnya beliau membuat keputusan utk mengundurkan diri dan peralihan kuasa akn dilakukan, TPM akn menjadi bkl PM dlm ms kurang dr 5 bulan lg..

Namun bkn ini yg ingin sy perkatakan, yg sy ingin berbicara ialah tentang pemikiran rakyat Malaysia khususnya golongan muda yg menjadi pelapis pemimpin pd ms hdpn. Jika dilihat senario pd ms ini, golongan muda khususnya dilihat cenderung menyokong parti pembangkang. Mengapa hal ini ley terjd,sedangkan kita sedar bhw slma ini yg berjuang utk negara dan rakyat atau lebih tepat berjuang demi kepentingan Melayu adalah kerajaan [UMNO] tetapi golongan pasca merdeka ini dilihat menyanjungi pihak pembangkang. Adakah dgn keadaan ini akn menguburkan impian UMNO utk menebus maruah mereka kembali pd PRU 13? Pd pendapat sy, trend golongan muda berpihak ke pihak pembangkang krn menyanjungi attitude yg ada pd pemimpin parti tersebut. Inilah yg dikatakan autoriti karisma. Beliau dsanjung krn ketokohan, kepetahan berpidato. Beliau juga dgilai ats sb tidak menjemukan dan simpati. Malah tidak keterlaluan jika sy ingin mengatakan bhw mereka yg dahulunya melaungkan ‘Allahuakbar’ kini beralih arah melaungkan ‘Reformasi’ pula. Sy berckp berdasarkan pemerhatian sy..

Di sini sy ingin mengajak golongan muda utk berfikir sejenak. Kita harus tanam sikap sedar diri dlm diri kita. Mahukah kita menjadi seperti melukut d tepi gantang? Tidak sedarkah kita bhw siapa yg berjuang utk memerdekakan negara kita setelah sekian lm djajah? Mungkin rmai d antara kita yg lahir slps kemerdekaan, maka kita tidak sedari keperitanan dan kepayahan nenek moyang kita dahulu. Sy sendiri slps mendengar cerita ttg keperitan rakyat kita dahulu d bwh pemerintahan penjajah dr nenek sy, sy sedar dan bersyukur krn dlahirkan d zmn pasca merdeka. Malah slps e2, smgt sy utk mempertahankan kmerdekaan negara semakin berkobar2 dan sy begitu sygkan tanah air yg tercinta ini. Mungkin belum tiba ms nye lg utk sy buktikan krn sy masih menuntut ilmu namun apabila tiba ms nye nt akn sy buktikan dan ceburkn diri brsm2 utk terus mempertahankan negara tercinta ini.

Usahlah dbangkitkan soal perkauman. Kita seharusnya berbangga dgn negara kita yg m’punyai pelbagai kaum dan slma ini hidup dlm keadaan yg aman dan harmoni. Malah negara luar juga ingin menjadikan negara kita sbg contoh krn masyarakat majmuk yg ade d negara ini. Maka, dr zmn dahulu pejuang2 kita telah bersusah-payah memupuk smgt perpaduan d ant kaum d negara ini. Jgn lah kita pd zmn skunk ingin merosakkannya. Tidak syg kah kite dgn perpaduan yg tlh ada ini? Bgaimanakah kite ingin mencapai dan menuju Wawasan 2020 spt yg tlh d cdgkn oleh mantan PM kita jika masalah perpaduan ini tidak dpt dselesaikan dan dilihat menjadi semakin kritikal? Wawasan 2020 ialah 1 medium utk kita terus membuktikan pd dunia bhw Malaysia mampu utk menjadi negara yg maju mengikut acuan yg tersendiri. Maka salah 1 aspek utk mencapai matlamat ini adalah dgn terus mengukuhkan ikatan perpaduan yg telah sedia ada. Usahlah kita m’persoalkan tentang perkara yg tlh sedia ada d dlm perlembagaan yg tlh dpersetujui oleh pemimpin terdahulu brsm2. Usahlah dpertikaikan ttg kontrak sosial yg tlh wujud krn slma ini kita juga mampu utk hidup dgn aman dan damai wlupn dgn adanya kontrak sosial tersebut.

Seterusnya sy ingin memperkatakan tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA]. Skunk dilihat ramai pihak dgn lantang menyuarakan pendapat mereka utk mamansuhkan ISA ini. Bg sy tidak perlu memansuhkan ISA ini krn ia adalah 1 cara utk kite menjaga kedaulatan negara. ISA adalah 1 pencegahan utk memelihara keharmonian negara. Berfikirlah, sekiranya ISA dimansuhkan kita pasty akn hidup dlm negara yg berkeadaa huru-hara krn tidak ada medium utk menyekat keekstereman golongan tertentu. ISA adalah satu2 nya cara utk mencegah drpd golongan tetentu utk mengacau dan menimbulkan kekecohan dlm negara ini terutama yg dpercayai akn menimbulkan huru-hara dlm negara, mencetuskan smgt perkauman dan berkaitan dgn dadah. Bg yg tidak mengetahui, ISA adlh 1 penahanan tanpa perbicaraan slm tempoh 60 hr. Mereka dthan ats keyakinan pihak berkuasa tentang kesalahan yg dlakukan ttp sekiranya ingin dbicarakan.tidak m’punyai bukti yg mencukupi tetapi amat dyakini pihak berkuasa ats kslhn yg dlakukan. Slps tamat tempoh soal dlm 60 hr, mereka boleh dbebaskan atau terus dtahan slm 2tahun sekiranya dluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Akta ini tidak pelu dimansuhkan krn negara luar juga berminat dan ingin mengkaji undang2 ini. Sbg contoh Indonesia berikutan sering menjadi mangsa serangan bom ganas spt Jamaah Islamiyyah. Pd mulanya, pd tahun 2001, Amerika syarikat menentang akta ini dan mengatakan bhw akta ini kejam namun akhirnya menarik kembali dan menyesali kenyataan tersebut pd tahun 2004. Dan ini amat mungkin berpunca drpd peristiwa 11 September dan penggubalan Akta Patriot selepasnya. Maka jelas dilihat akta ini tidak seharusnya dimansuhkan utk mengawal dan mencegah perbuatan yg ekstrem d negara kita. Mmg kita hidup dlm negara yg demokrasi tetapi kita seharusnya sedar kebebasan kita kdg2 perlu ada batasan utk kepentingan bersama. Tidak guna kita terus merpejuangkan utk memansuhkan akta ini krn ia diibaratkan spt mempertaruhkan kedaulatan dan keamanan negara kita. Mahukah kita hidup dlm keadaan yg huru-hara dan tidak aman? Pasty tidak bkn?

Kita juga perlu sedar ttg pengorbanan yg tlh dlakukan oleh kerajaan kpd rakyat slm ini. Byk yg telah dtaburkan oleh kerajaan sendiri dan bkn drp pihak pembangkang. Dr menaikkan hrga minyak sehinggalah pemberian rebat dan penurunan hrga myk sehingga RM2 seliter pd ketika ini. Masih tidak berpuas hatikah kita dgn keadaan skrg? Msih tidak bersyukur kah kita dgn apa yg tlh diperolehi? Mengapa kita semakin ingin menentang kerajaan yg slma ini byk memberikan ksngn kpd kita? Bajet 2009 br2 ini juga dpt dlihat usaha kerajaan utk mengurangkan beban rakyat. Ini membuktikan bhw kerajaan begitu syg dan komitmen trhdp rkyt. Ia juga sbg tanda terima kasih kerajaan trhdp rkyt ats sokongan yg dberikan slm ini wlupn tlh mengalami kekalahan yg teruk lm PRU12 br2 ini.

Diharapkan rakyat akn cepat tersedar kembali dr mimpi dan angan-angan yg belum tentu akn dikotakan oleh pihak pembangkang. Masih tidak sedarkah kita wlupn pelbagai bukti yg dpt dilihat skrg? Benarlah kata Tun DR M, ‘Melayu mudah lupa’. Jgn lah sampai kita akn melukut d tepi gantang dan hy menjadi spt pak turut mengikut arahan drp pihak lain. Waspadalah kita dgn apa yg tlh terjadi. Jgn sampai negara kita tergadai. Susah payah pemerintah2 kita yg terdahulu mempertahankan dan kita sewenang2 nya mempertaruhkannya dlm sekelip mata. Apa yg ada jarang disyukuri,apa yg tiada sering dirisaukan. Inilah bahaya dunia……Moga seimbang dunia dan akhirat kita sebagai umat Islam.Amin…

*Sy mengingatkan org dan juga sekaligus mengingatkan diri sy sendiri. Akhir kata maaf andai tersilap bicara. Ini adalah semata2 memberikan sedikit pendapat diri shj. Menulis atas kewarasan akal dan kebenaran.

-Edryna_Wanie@C.H.A.N.T.E.K-November 2008-

1 comment:

Anonymous said...

jiwekelajuan.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading jiwekelajuan.blogspot.com every day.
cash advance ontario
payday loans canada